KLUSTER

Eko Pelancongan

PERAK


MAINKAN VIDEO

 

Kluster

Eko Pelancongan

Perak

Apakah itu

Eko Pelancongan?

Berdasarkan beberapa takrifan eko pelancongan untuk beberapa tahun kebelakangan ini, berikut adalah lima ciri unik eko pelancongan:

• Pemuliharaan alam semula jadi dan budaya.
•Pelaburan semula pendapatan untuk mengekalkan kualiti sumber dan pemuliharaan
• Pemampanan dari sudut ekologi, ekonomi dan sosio-budaya
• Beretika – menunjukkan tanggungjawab sosial korporat
• Pendidikan mengenai biodiversiti, habitat dan budaya

Eko pelancongan menggalakkan aktiviti yang berkaitan dengan pemuliharaan dan peningkatan kepelbagaian bio-budaya dan membantu melindungi warisan semulajadi dan budaya. Dengan meningkatkan kapasiti tempatan dan potensi perusahaan kecil, eko pelancongan merupakan perantara yang berkesan untuk memperkasakan masyarakat setempat untuk mencapai pembangunan mampan. Dengan penekanan kepada memperkayakan pengalaman peribadi dan kesedaran alam sekitar menerusi tafsiran, eko pelancongan menggalakkan pemahaman tentang alam, masyarakat setempat dan budaya.

Portal ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang potensi dan nilai ekopelancongan untuk pelbagai tujuan: rekreasi dan pengembaraan, kesedaran, pendidikan, penyelidikan dan lain-lain.

RESPECT FOR NATURE

CONTRIBUTION TO CONSERVATION

BENEFITS TO LOCAL COMMUNITY

AWARENESS FOR EDUCATION

KLUSTER
EKO PELANCONGAN
DI PERAK

Berdasarkan kajian semula terhadap kejayaan dan kekurangan dalam pelaksanaan Rancangan Eko Pelancongan Kebangsaan 1996, Pelan Eko Pelancongan Negara 2016-2025 telah dirangka dengan cadangan baru mengenai dasar, strategi dan pelan tindakan untuk memperbaiki perancangan, pengurusan lestari, pemuliharaan, pembiayaan, promosi dan pengendalian tapak eko pelancongan di negara ini.

Di antara cadangan tersebut termasuk membangunkan kelompok kluster yang bertema untuk menggambarkan bagaimana tapak eko pelancongan dikaitkan dengan tarikan dan kemudahan sokongan; dan menjalankan pelan tindakan untuk kluster yang merangkumi pelan pengurusan untuk memastikan sinergi antara pemuliharaan dan eko pelancongan.

Di Perak, terdapat empat kawasan yang berada di bawah kelompok eko pelancongan yang ditetapkan – Taiping, Kuala Sepetang, Kuala Gula dan Batu Kurau.

Klik imej di bawah bagi mengenali setiap kawasan tersebut dengan lebih lanjut