
Kluster
Eko Pelancongan
Perak

Eko Pelancongan
di Batu Kurau
Batu Kurau terletak kira – kira 15 km dari bandar Taiping. Kawasan ini masih mengekalkan ciri – ciri kampung tradisionalnya. Penduduknya masih bergantung pada industri pertanian dan industri kecil desa, selain kegiatan berkaitan pelancongan termasuk sukan rekreasi yang ekstrim.
Ramai sering terlepas pandang akan daya tarikan desa di Batu Kurau. Kemunculan ekopelancongan telah menyemarakkan minat untuk pelancong tempatan dan asing melawat ke Batu Kurau sambil menikmati kelazatan buah durian dan belajar tentang budaya Batu Kurau yang unik. Batu Kurau mempunyai jaringan pelbagai air terjun, sungai, gua dan gunung yang menarik dan berpotensi untuk aktiviti mencabar.
SUNGAI
KURAU
Sungai Kurau adalah pusat tarikan air terjun yang popular di Batu Kurau. Air terjun di sini mempunyai jatuhan air yang tinggi dan arus yang kuat. Walaupun trek berjalan agak mencabar kerana lereng yang curam, melaluinya merupakan pengalaman yang amat berharga untuk meyaksikan kejernihan air dan menikmati ketenangan persekitarannya. Berhampiran dengan air terjun tersebut terdapat sungai yang terbelah menjadi dua mengalir deras, sesuai sebagai latar untuk bermandi-manda. Dasar pengkalannya agak cetek dan berpasir menjadikan ianya selamat untuk kanak – kanak berekreasi. Ulunya yang agak dalam pula lebih mencabar untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan penuh pengembaraan. Beberapa laman berkelah popular di sini termasuklah Lata Air Hitam dan Jelai.

MEMANCING DI JERAM
Selain air terjun, terdapat banyak jeram dengan persekitaran budaya dan alam yang indah. Banyak tradisi memancing cara lama masih terpelihara untuk menarik penduduk tempatan dan pelancong.
Tiada yang lebih indah dari menghirup keindahan alam semulajadi sambil memancing dengan penuh kesabaran menantikan ikan memakan umpan.

Menjelajah Hutan
Selama bertahun – tahun, kisah tentang terdapatnya trekking rahsia yang menghubungkan Bukit Larut dan Batu Kurau menjadi tarikan ramai untuk mencari dan mencubanya. Dari puncak Sri Kayangan, selepas berjalan selama lebih kurang dua jam, pejalan kaki bakal menemukan trek rahsia yang menghubungkan Bukit Larut terus ke Batu Kurau tersebut. Di samping laluan Batu Kurau – Bukit Larut, terdapat juga laluan – lauan trekking hutan yang lain yang memberikan pelbagai daya tarikan dan pengembaraan kepada para penjelajah.

MEMANJAT TEBING DAN MENEROKA GUA
Ketinggiannya mampu mencapai sehingga 20 – 25 meter. Terdapat sejumlah 18 laluan yang menawarkan peluang rekreasi dan sukan ekstrim di pergunungan Kurau, Perak. Terdapat juga pelbagai pakej yang ditawarkan oleh pengendali swasta seperti Eksplorasi Gua, Eksplorasi Alam, Penerokaan ATV dan banyak lagi.
Pusat Durian
Batu Kurau terkenal dengan kelazatan durian yang tiada tolok bandingnya. Durian – durian dari Batu Kurau mempunyai ulas yang besar dan biji yang kecil selain isinya yang mewah, manis dan lemak berkrim. Anda mempunyai pilihan samada ingin menikmati kelazatan durian-durian ini dari peraih-peraih durian di tepi jalan ataupun langsung dari dusun! Walau apapun pilihan anda, ianya tidak akan mengecewakan.

Industri Kecil Desa
Industri kecil desa membantu merancakkan ekonomi masyarakat setempat walaupun dalam skala yang kecil. Pelawat boleh melawat industri kecil desa berasaskan rumah seperti pembuatan “madu kelulut” dan tirai dari daun “bertam”. Anyaman bertam mempunyai sekurang – kurangnya 12 rekaan: sepiku keluang, kumbang rebah bermata, pucuk rebung, songket, ciri manggis dan kambing bertandang. Kebanyakan reka bentuk diilhamkan dari alam semula jadi dan alam sekitar.

MAKAN DI MANA?
Apa yang mesti dicuba di Batu Kurau! Antaranya adalah duriannya yang dikatakan terbaik serta hidangan tempatan yang membangkitkan selera. Samada di tepi jalan, di warung – warung mahupun di restoran, Batu Kurau menjanjikan sajian dan hidangan yang membuatkan anda ingin kembali untuk menikmatinya..


MENGINAP DI MANA?
Menginap di Taiping atau Bukit Merah atau Kuala Sepetang samada di rumah inap desa, rumah tumpangan, hotel ataupun pusat peranginan.
BAGAIMANA KE SANA?
Batu Kurau boleh dihubungi melalui kereta api dari Taiping. Jika anda memandu, keluar dari Lebuhraya Utara Selatan di Persimpangan Taiping Utara.
Sungai Kurau
Gunung Kurau
HUBUNGI KAMI
PAUTAN LUAR
PETA LAMAN

© Hakcipta Terpelihara 2018 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Kali terakhir dikemas kini : 18/01/2018.