
Kluster
Eko Pelancongan
Perak


Kuala Gula, sebuah perkampungan nelayan kecil yang terletak di sudut barat – laut Perak, adalah salah satu tempat yang mempunyai potensi untuk kembara, pelancongan dan makanan. Kuala Gula bermaksud “muara gula” di mana mengikut sejarah, kawasan tersebut pada asalnya ialah hutan paya laut yang dibersihkan untuk ditanam tebu yang dianggap “emas putih” di zaman tersebut. Kini, tanaman tebu sudah tiada lagi. Namun begitu, hutan paya laut terus dipulihara sebagai antara yang terluas di Semenanjung Malaysia.
Untuk pemerhati burung, kawasan Kuala Gula merupakan tempat perlindungan pantai untuk kira – kira 200 spesies burung, termasuk “pelancong” bersayap yang terbang dari Siberia dan Australia tanpa perlu melalui Kastam dan Imigresen.
Eko Pelancongan
di Kuala Gula
TEMPAT PERLINDUNGAN BURUNG KUALA GULA
Tempat Perlindungan Burung Kuala Gula terletak di Kerian. Pada tahun 1970 taman ini telah ditubuhkan oleh Taman Hidupan Liar dan Taman Negara untuk melindungi spesies burung samada yang bermigrasi atau tempatan. Untuk pemerhati burung, ini adalah tempat perlindungan pesisir pantai untuk kira – kira 200 spesies burung. Objektif utamanya adalah untuk melindungi lebih dari 60 spesies burung spesies migrasi dan tempatan termasuk egrets, beberapa spesis bangau, camar, burung pemangsa dan serta burung raja udang. Kawasan berlumpur paya laut digunakan oleh burung – burung migrasi untuk makan dan berehat semasa laluan penghijrahan mereka dari utara ke hemisfera selatan. Spesies utama Kuala Gula adalah “Milky Stork” yang diancam secara global. Spesies – spesies lain yang turut dikelaskan sebagai terancam seperti Burung Upeh (Mycteria cinerea), Botak Kecil (Leptoptilas javanicus), Sekendi Kepala Hitam (Threskiornis melanocephalus) dan Kedidi Kaki Hijau (Tringa nebularia) juga boleh ditemui di sini. Di Malaysia, spesies-spesies ini dilindungi oleh Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72.




Spesies – spesies burung berhijrah hanya boleh ditemui bermula Ogos hingga April setiap tahun. Pada tempoh ini, waktu yang paling sesuai untuk pemerhatian burung adalah sewaktu air laut mula pasang kerana pada masa ini kebanyakan burung boleh dilihat di gigi air dan kawasan beting lumpur. Hutan bakau dan beting lumpur menyediakan habitat yang sesuai serta sumber makanan yang mencukupi untuk spesies – spesies burung singgah dan mencari makan sepanjang penghijrahan.
Kuala Gula merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang dan amat signifikan dengan kewujudan burung air/berhijrah. Ianya bukan sahaja terkenal di Semenanjung Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Setiap tahun terdapat kumpulan burung yang singgah di Kuala Gula dalam laluan migrasinya. Terdapat beberapa laluan migrasi burung di dunia dan Malaysia terletak dalam laluan East Asian – Australasia Flyway. Laluan ini bermula dari Siberia, melalui China, Mongolia, Hong Kong, Jepun, Korea, Vietnam, Cambodia seterusnya ke Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Papua New Guinea, Australia dan berakhir di New Zealand. Apabila musim sejuk berakhir di hemisfera utara, burung-burung ini akan kembali semula ke Siberia untuk membiak melalui laluan yang sama. Ini akan berulang setiap tahun. Pelbagai spesies burung air/berhijrah boleh ditemui di Kuala Gula bermula akhir Ogos hingga April.
Selain burung, satu lagi tarikan istimewa di sini adalah beberapa spesies tumbuhan seperti teratai (Nymphaea pubescens), bakau minyak (Rhizophora apivulata), tumu merah (bruguira gymnorrhiza), api-api jambu (Avicenna marina) dan lain-lain spesis renek.
Tasik Bukit Merah



PULAU ORANGUTAN



Ban Pecah
Kawasan ini dinamakan Ban Pecah kerana sumpahan seorang anak yatim pada tahun 1960-an. Anak yatim ini memiliki sebidang tanah di sini tetapi dijual oleh pamannya tanpa persetujuannya. Kerana sumpahan ini, dinding yang didirikan sepanjang pantai tidak akan bertahan lama tetapi akan terus pecah dan hancur.


TAMAN TEMA
Bukit Merah Laketown Ecopark adalah salah sebuah destinasi percutian ekopelancongan yang paling unik di Asia. Ia terletak di pinggir Tasik Bukit Merah yang indah dan merupakan taman yang mesra alam untuk haiwan di persekitaran semula jadi Laketown Resort. Laketown Ecopark yang merupakan sebahagian daripada Laketown Resort, adalah konsep baru dalam tarikan alam semula jadi. Daya tarikan ini terdiri daripada tiga lokasi utama yang menempatkan beberapa spesies burung, rama – rama, mamalia kecil, primata dan reptilia semulajadi dan eksotik. Pameran pendidikan direka khas untuk pelawat untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan mengenai haiwan.




MAKAN DI MANA?
Hidangan yang anda tidak boleh lepaskan di Kuala Gula adalah ketam lembut dan juga kari ikan sembilang!
MENGINAP DI MANA?
Di mana lagi sekiranya tidak di Bukit Merah Laketown Resort yang menyeronokkan! Atau jika anda ingin melalui pengalaman indah bermalam di Bukit Merah dari bandar berdekatan, cubalah hotel di Taiping seperti SSL Trader Hotel, Frame Taiping atau Hotel Taiping Perdana. Hotel – hotel seperti Casavilla dan Kavanas tidak jauh dan hanya kurang dari 30 km dari Santuari Burung Kuala Gula. Anda juga boleh menyewa chalet di tepi Sungai Gula dari Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
BAGAIMANA KE SANA?
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Burung Laut) Kuala Gula
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Burung Laut) Kuala Gula
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Burung Laut) Kuala Gula
Jabatan PERHILITAN
Pos Kuala Gula, 34350, Kuala Kurau, Perak
Tel: +605-890 2207
Fax: +605-8905773
GPS: 4.9378816,100.4664813
Lihat di Google Maps
Pulau Orangutan
Tasik Bukit Merah
GPS: 5.0036439,100.6650894
Lihat di Google Maps
Bukit Merah Laketown Ecopark
Bukit Merah Laketown Ecopark
Jalan Bukit Merah
33400 Semanggol, Perak
Tel : +605-890 8888
Fax : +605-890 8000
http://www.bukitmerahresort.com.my/waterpark
View on Google Maps
Ban Pecah
HUBUNGI KAMI
PAUTAN LUAR
PETA LAMAN

© Hakcipta Terpelihara 2018 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Kali terakhir dikemas kini : 18/01/2018.