Kuala

Sepetang


MAINKAN VIDEO

Kluster

Eko Pelancongan

Perak

KUALA SEPETANG
Turut dikenali sebagai ‘Port Weld’ di kalangan rakyat tempatan yang berbahasa Inggeris

Kuala Sepetang, Taiping adalah pelabuhan nelayan yang berabad lama usianya dengan warisan yang kaya. Kuala Sepetang kini telah melalui zaman perubahan menjadi sebuah perkampungan nelayan yang berkembang pesat. Walaupun ia telah melepasi zaman kegemilangannya, ia kekal unik kerana dikurniakan persekitaran geografi yang cantik. Bukan sahaja ia mempunyai ekosistem paya laut terbesar di Malaysia Barat, malah ia juga kaya dengan hasil laut, dan tanur arang tradisional yang semakin pupus, selain ia merupakan tapak sejarah kereta api pertama di Malaysia.

Eko Pelancongan

di Kuala Sepetang

Kuala Sepetang terkenal dengan hutan simpanan paya laut yang mampan yang membantu mengembangkan industri arang. Selain itu, eko pelancongan Kuala Sepetang didorong oleh aktiviti rekreasi berasaskan alam semulajadi seperti melihat helang dan lumba – lumba, memerhati burung dan menggambar kunang-kunang.

HUTAN

PAYA LAUT

MATANG

Hutan Paya Laut Matang adalah rizab hutan paya laut terbesar di Malaysia. Meliputi kawasan seluas lebih daripada 40,000 hektar, Hutan Paya Laut Matang merupakan salah satu daripada hutan paya laut terbaik di dunia. Ianya mengekalkan ekosistem yang seimbang dan menawarkan pelbagai fungsi ekologi.

Hutan paya laut merupakan salah satu daripada ekosistem yang paling cepat pupus di Bumi. Hutan pantai ini, dengan pokok – pokok yang disesuaikan untuk tumbuh di tanah dan air masin, melindungi pantai daripada hakisan dan merupakan penghalang semula jadi kepada ribut pantai dan tsunami yang kuat. Sistem akarnya yang berselirat adalah nurseri paling bak until pembiakan udang dan banyak spesies ikan yang melalui proses matang di lautan terbuka. Ianya juga bertindak sebagai “rumah” untuk pelbagai jenis burung dan sering menjadi tempat berehat bagi kawanan pendatang.

Hutan paya laut merupakan salah satu daripada ekosistem yang paling cepat pupus di Bumi. Hutan pantai ini, dengan pokok – pokok yang disesuaikan untuk tumbuh di tanah dan air masin, melindungi pantai daripada hakisan dan merupakan penghalang semula jadi kepada ribut pantai dan tsunami yang kuat. Sistem akarnya yang berselirat adalah nurseri paling baik untuk pembiakan udang dan banyak spesies ikan yang melalui proses matang di lautan terbuka. Ianya juga bertindak sebagai “rumah” untuk pelbagai jenis burung dan sering menjadi tempat berehat bagi kawanan pendatang.

Penubuhan Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang (MMEC) menawarkan peluang untuk mendapatkan maklumat tentang keunikan dan kepelbagaian bio hutan paya laut. Oleh kerana habitat dan ekosistemnya yang unik dan reputasinya yang mempunyai pengurusan hutan yang paling lestari di dunia, Hutan Paya Laut Matang ini bukan sahaja merupakan destinasi yang terkenal untuk ekopelancongan tetapi juga sebagai pusat aktiviti penyelidikan dan pendidikan.

Salah satu produk sampingan Hutan Paya Laut Matang adalah pengeluaran arang, yang sehingga kini masih kekal memegang rekod selama hampir lapan dekad tanpa dicabar sebagai pengeluar arang terbaik di Asia. Proses menghasilkan arang melalui beberapa peringkat: pertama, hanya pokok-pokok yang berusia 30 tahun akan ditebang atau diganti dengan pokok – pokok muda yang baru. Kemudian, ketika air pasang, pokok-pokok tersebut dimuatkan ke dalam bot kecil dan dihantar ke kilang di mana kulit pokok akan disiat dengan tangan dan dibawa ke tanur untuk pembakaran secara perlahan.

.

PORT WELD

Port Weld adalah salah sebuah pelabuhan utama di Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1800-an. Ianya sibuk dengan kegiatan perdagangan antara Taiping dan Pulau Pinang, Ulu Perak, Kinta serta Teluk Anson (Teluk Intan).

Port Weld juga dikenali dengan landasan keretapinya. Terbina pada tahun 1885, Port Weld amat bersejarah dan penting kerana landasan keretapinya sepanjang 8 1/4 batu itu yang menghubungkan Taiping dan Port Weld (Kuala Sepetang) merupakan landasan keretapi pertama yang dibina di Semenanjung Malaysia.

Hari ini, landasan keretapi ini hanya tinggal tanda yang masih mengekalkan empat bahasa: – Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Terdapat perkampungan nelayan yang aman yang dikenali sebagai Kuala Sangga di Port Weld. Kampung ini mempunyai kawasan pembiakan kerang terbesar di Malaysia. Selain kerang, udang keringnya juga popular dan berkualiti tinggi.

Kelip – Kelip Yang Memukau

Di sekitar kampung – kampung yang berdekatan dengan tebing Sungai Sepetang, terdapat tarikan yang menarik iaitu kelip – kelip yang berterbangan dan mengeluarkan cahaya yang sungguh memukau. Spesis jenis kumbang bio-bercahaya kerap kelihatan merembangkan cahayanya di pepohon sekitar yang semakin jarang berlaku.

LAWATAN MEMERHATI
IKAN LUMBA – LUMBA

Lawatan memerhati ikan lumba – lumba sangat popular di kalangan pelancong. Lawatan sebegini membantu mewujudkan kesedaran yang lebih besar tentang keperluan untuk melindungi hidupan laut. Ia menawarkan peluang yang berharga untuk menggalakkan usaha pemuliharaan terutamanya dalam melindungi habitat semulajadi mereka seperti memastikan kebersihan air dan mengekalkan ekosistem yang sihat untuk lumba-lumba bertahan hidup lama.

MEMERHATI HELANG 

Terdapat banyak helang yang berkeliaran di atas hutan paya laut di Kuala Sepetang. Untuk mengumpan seekor helang supaya turun lebih dekat, pelaut akan menuang minyak ayam ke dalam sungai sebagai tarikan kepada burung helang tersebut. Selain itu aktiviti rekreasi lain yang menjadi kegemaran pelancong adalah aktiviti memerhati burung. Dengan berbekalkan teropong, penggemar aktiviti ini boleh menghabiskan masa sehari dengan hanya memerhati burung – burung berterbangan.

MUZIUM MATANG

Dibina pada tahun 1855, rumah dan kubu ini pernah menjadi kediaman Ngah Ibrahim, seorang menteri yang melawan pentadbiran British. Selama bertahun – tahun, Muzium ini memainkan banyak peranan seperti Pusat Pentadbiran British, Kolej Pengajian Melayu, Sekolah Melayu, Pangkalan Tentera semasa tempoh pendudukan Jepun dan akhirnya Muzium Matang. Perabot-perabot asal masih dikekalkan dan dipamerkan di Muzium.

MAKAN DI MANA?

Kuala Sepetang adalah syurga dunia bagi makanan laut! Hidangan seperti Mee Udang Mak Jah dan juga hidangan makanan laut Restoran Makanan Laut Cina seperti Xin Restaurant yang menyajikan kerang yang dibakar, ketam berkulit lembut yang digoreng, udang kari dan sea bass masak “teo-chew” cukup membangkitkan selera – sekadar menyebut beberapa hidangan lazat yang ada di sini. Yang pasti, Kuala Sepetang bukan tempatnya sekiranya anda sedang mengamalkan diet untuk kurus!

MENGINAP DI MANA?

Jarak Kuala Sepetang yang hanya kira-kira 40km dari Taiping membolehkan anda memilih untuk bermalam samada di Taiping atau di Happy 8 Retreat @ Kuala Sepetang atau hotel – hotel berdekatan. Ianya masih tidak terlalu jauh dari perkampungan nelayan.

BAGAIMANA KE SANA?

Anda boleh memilih untuk mengambil penerbangan ke Pulau Pinang dan kemudiannya memandu menikmati pemandangan indah ke Kuala Sepetang. Perkhidamatan Electric Train Service (ETS) juga merupakan pilihan yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Dari Stesen Taiping, and anda boleh menaiki bas atau menyewa kereta. Jika anda menggunakan Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar di Persimpangan Changkat Jering

Hutan Paya Laut Matang

Hutan Paya Laut Matang

Kampung Kuala Sepetang
34650 Kuala Sepetang
Perak

Tel: +605 – 858 1762
GPS: 4.8399182,100.6332
Lihat di Google Maps

Kilang Arang Kuala Sepetang

Kuala Sepetang Charcoal Factory

Kampung Kuala Sepetang
34650 Kuala Sepetang
Perak

Tel: +6012 428 6098
Facebook: KualaSepetangCharcoalFactory
GPS: 4.8379692,100.6338858
Lihat di Google Maps

Port Weld

Port Weld

Kampung Kuala Sepetang
34650 Kuala Sepetang
Perak

GPS: 4.8382074,100.6263006
Lihat di Google Maps