
Kluster
Eko Pelancongan
Perak


Eko Pelancongan
di Taiping
TAMAN TASIK TAIPING
Lawatan anda ke Taiping tidak lengkap sekiranya anda tidak meluangkan masa menikmati kedamaian Taman Tasik Taiping!

Taman Tasik Taiping yang berkeluasan 64ha telah diwujudkan apabila banjir melanda sebuah lombong bijih timah terbiar pada tahun 1880-an. Ia adalah taman awam pertama di Tanah Melayu. Pokok-pokok hujan lama yang teguh menyusuri tasik di mana monyet dan spesies burung seperti pekaka, parakeet dan enggang menghuni taman-taman. Terdapat perahu dayung, trek pejalan kaki, lorong berbasikal, taman permainan dan gelanggang luncur untuk pengunjung – pengunjung mengisi masa menikmati keindahan taman tersebut. Taman Tasik Taiping juga mempunyai landskap yang indah seperti jambatan, pulau dan pagoda – pagoda yang membangkitkan suasana murni untuk pencinta alam.
BUKIT LARUT
Apabila suhu tropika terlalu berbahang dan menjadi tidak selesa, beberapa warga British bersepakat mendirikan sebuah kawasan percutian dan rehat pada 1879 – menjadikan Bukit Larut (Maxwell Hill) stesen bukit pertama negara, bersebelahan dengan Taman Tasik Taiping.

Pendakian yang curam pada ketinggian mencapai kemuncak 1250m adalah trek yang mencabar. Hanya mereka yang kuat semangat mampu untuk sampai ke kemuncak. Selekoh yang bagaikan ular dipalu dan sudut – sudut tajam sesungguhnya amat menduga dan mencabar mereka yang meminati pengembaraan dan penerokaan. Pengunjung dan penjelajah boleh mendaki cerun bukit sejauh 10km sambil menikmati khazanah alam. Lereng bukit memperlihatkan rumah banglo tinggalan zaman penjajah sementara lanskap dihiasi dengan spesies flora dan fauna yang jarang kelihatan dan eksotik.
Pusat Biodiversiti Bukit Larut terletak di puncak dan berfungsi menyelaraskan aktiviti – aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam semula jadi seperti mengenalpasti flora, fauna dan serangga yang jarang ditemui di tiga kawasan: Taman Teh, Stesen Land Rover dan Rumah Hijau.
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan semula jadi, menjelajah hutan menerusi laluan Batu Kurau – Bukit Larut boleh menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan.


Bukit Larut juga dikenali sebagai salah satu kawasan terlembab di Malaysia. Purata hujan di Bukit Larut adalah kira – kira 4,000 mm berbanding purata hujan tahunan Semenanjung Malaysia sebanyak 2,000 – 2,500 mm.



ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI
Zoo Taiping adalah destinasi terbaik bagi mereka yang ingin belajar mengenai hidupan liar hutan hujan yang menarik di negara ini. Di dalam kawasan yang mencakupi seluas 14 hektar bersebelahan dengan Taman Tasik Taiping, terdapat spesis – spesis seperti rusa yang menyalak atau binturong yang bersin iaitu seekor kucing kumbang terbesar di dunia.
Terdapat juga landak, lambat hitam dan tapir putih dan kancil (haiwan terkecil di dunia). Owa (sejenis kera yang kecil) yang berayun di pulau peribadi mereka juga adalah pemandangan yang menghiburkan, selain menonton harimau berenang melintasi kolam yang tidak berpenghadang. Renungan tajam binatang-binatang ini mungkin agak membimbangkan tetapi jarak antara pengunjung dan haiwan-haiwan di sini adalah dalam linkungan yang selamat untuk pengunjung.
Kebanyakan binatang di zoo adalah yang aktif di waktu malam manakala berhibernasi di siang hari. Safari Malam dibuka pada jam 8.00 malam. Cahaya bulan menawarkan pencahayaan semulajadi untuk membolehkan pelawat memerhatikan haiwan tanpa mengganggu rutin haiwan-haiwan tersebut. Kucing kecil dengan mata yang bersinar adalah yang paling menarik. Gerakan dalam kegarangannya sangat elegan untuk ditontoni. Terdapat juga spesies haiwan yang berpesta dengan buah-buahan yang tergantung terbalik dari untaian dahan-dahan di pohon-pohon.
KOLAM BURMA
Kolam Burma merupakan kolam batu besar di sepanjang sungai di bukit – bukit Bukit Larut. Kolam yang menjadi tarikan popular ini merupakan kolam hutan hujan. Pelawat mungkin boleh menembusi Taman Tasik Taiping dan mencari papan tanda yang mengarah ke Kolam Burma. Terdapat jejak – jejak dari hutan menuju ke Kolam Burma yang menghamparkan sebatang sungai berhampiran pintu masuk. Kolam batu itu amat luas walaupun cetek kerana puncanya datang dari kawasan air terjun kecil yang berhampiran. Kolam Burma adalah kolam semula jadi yang pada asalnya digunakan untuk aktiviti rekreasi oleh askar – askar. Sumber air utama untuk kolam ini adalah dari Sungai Batu Tegoh.
JEJAK WARISAN TAIPING


MAKAN DI MANA?
Taiping menampilkan pelbagai juadah dan hidangan yang lazat namun tidak ramai yang tahu mengenainya. Antaranya gorengan Char Koay Teow yang meriah dengan percikan api ketika dimasak, hidangan satay yang kenyal, cendol yang lemak berkrim dan berperisa membasahkan tekak, popiah serta yong tau foo yang lazat juga murtabak yang menyelerakan serta berkhasiat. Anda juga boleh mencuba Kopi Antong yang cukup terkenal memenuhi selera penggemar kopi. Taiping boleh dianggap sebagai syurga makanan setempat untuk pencinta makanan!
MENGINAP DI MANA?
Dari tempat penginapan bersuasana ringkas dan “zen” sehinggalah rumah inap desa bagaikan di kampung sendiri atau hotel yang lengkap dan moden, Taiping mempunyai kesemuanya. Tepuk dada dan tanya selera untuk pilihan yang terbaik dan selesa.
BAGAIMANA KE SANA ?
Taiping mempunyai jaringan pengangkutan yang baik. Anda boleh memilih untuk mengambil penerbangan ke Pulau Pinang dan kemudiannya memandu menyusuri keindahan jalan mengarah ke Taiping. Perkhidmatan Electric Train Service (ETS) juga merupakan pilihan yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Anda juga boleh menaiki bas dari KL dan menuju ke Terminal Bas Kamunting Raya. Sekiranya anda memandu menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), sila keluar di Persimpangan Changkat Jering atau Taiping Utara.
Stesen KTM Taping
Jalan Stesen, 34000 Taiping, Perak
Tel: +605-807 9677
Terminal Bas Taiping
Jalan Masjid 34000 Taiping
Perak
Terminal Bas Kamunting
Kamunting Raya, 34600 Kamunting
Perak
Taman Tasik Taiping
Zoo Taiping & Night Safari
Jalan Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel: +605 – 8086577
Fax: +605 – 806 6025
e-mail : zootaiping@zootaiping.gov.my
Facebook: Zoo Taiping & Night Safari
GPS : 4.8549173,100.7492383
Kolam Burma
Kolam Burma
153, Jalan 2, Taman Sentosa
34000 Taiping
Perak
GPS: 4.8580707,100.7621883
View on Google Maps
Bukit Larut
HUBUNGI KAMI
PAUTAN LUAR
PETA LAMAN

© Hakcipta Terpelihara 2018 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Kali terakhir dikemas kini : 18/01/2018.